Quantum Tarbiyah

…Pena telah diangkat, dan tinta pun telah mengering…

Demi nafas ini..

 

demi nafas,

nafas dakwah..

hembusan tarbiyah..

kerinduan usrah..

segalanya sedang menggigit sepi yg di rasakan..

terkadang.. rasa futur ini telah menghalang perjalanan imanku..

membuatkan aku malu..

 

ya Allah.. sungguh, dunia ini penuh tipu daya.. pentas permainan manusia2 yg alpa,

yg lupa akan kematian yg selalu menyapa saban waktu..

pada-Mu aku malu.. malu jika aku ingkar akan janjiku pada-Mu..

aku malu akan waktu senang.. waktu lapang yg menemaniku..

sedang, mereka yg lain sedang sibuk berlumba-lumba membina jambatan menuju syurga-Mu.. tp aku?

 

tegurlah aku ya Rabb,

agar nafasku adalah utk melaksanakan janjiku pada-Mu,

bukan utk yg lain..

 

ya Allah,

kegelapan bukan bererti tiada cahaya,

kerana aku tahu.. cahaya itu ada di dalam hati-hati yg mencari..

mencari dan meraba sentuhan keimanan..

tidak berhenti.. hingga terang menebarkan diri..

dan yg buta mampu berlari..

 

ya Allah..

maafkan hamba kerana kurangnya rasa bersyukur akan nikmat-Mu..

 

Indahnya mencintai-Mu sepenuh hati..

 

Princess Mos.

 

 

Leave a comment